Isnin, 22 Disember 2008

"teman.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
Jika kamu mengharapkan seseorang tanpa melakukan kesalahan,
kerana semua manusia itu baik jika kamu dapat melihat kebaikannya,
dan menyenangkan jika kamu dapat melihat keunikannnya,
tetapi manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya..
Tidak ade seorang manusia pun yang sempurna didunia nie,
Jadi..
Cukup la seseorang itu yang boleh membuatkan hidup kita sempurna..
Renung2 kan dan selamat beramal..
hehe..

Ahad, 21 Disember 2008

"Suara"

hallo..

saja aje main rakam2 nie.. boring tak tau buat ape.. tp suke gak la gue nyanyi2 nie..kire hobby gak la.. kn bende hiburan lagi menyeronok. tu x kisah punyer.. yg penting hidup ni heppy.

tp.., suare kat atas tu wat tambah air hujan gak la... hahahaha

Sabtu, 20 Disember 2008

"Untuk yg jauh"

Yang tulus ikhlas,
Ingin sekali sekala dirinya dibalas,
Walau hanya dengan dakapan diangin lalu,
Yang selalu memberi,
Ingin sekali sekala jadi penerima,
Cukup dengan salam dan manis doa,

Aku ingin kau merasakan hebatnya setia,
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Aku hanya ingin kau setia,
Kerana setiamu mencipta bahagiaku,

Kini kau bersayap pergilah terbang,
Rentaslah langit cita-cita mu,
Harap nanti kita kan bertemu,
Janganlah engkau tak terbang pulang,
Kunanti dengan penuh kerinduan,
Selamat tingal selamat jalan..

mohon diri tidak disuram,
tingal kan diri hanya seorang,
kerna rindu ku pohonkan salam,
dari jauh buat kau seorang,

Khamis, 18 Disember 2008

"Superman"


"SUPERMAN"

Merupakan salah satu watak yg aku suke. Superman dari nama je kite tau kn die dah power, super tu.. mcm2 die boleh buat kn,tp paling best die boleh terbang la.. seronok tu.. hehe. Baik plak tu, suke tolong org ramai.. Aku kalau dpat jadi superman nie, alangkah untung nyer kn... misti ramai yg suke kat aku.. jdi gak la hero malaya nti. huhu. Tp tu ar, superman watak rekaan je kn.. so kite boleh seronok dengan jln cerita die je la.. dpat gak wat hiburan utk kite.. wat pengajaran yg baik dari die pn boleh gak ape.. ok, disinie aku titipkan sejarah superman yg mane dalam pengetahuan aku ar...
"Asal Usul Superman"
Kal-el aka Clark Kent aka Superman dikirim dari Planet Krypton sebelum meledak dan terdampar di Smallville (masa kecil hingga remaja) yang diasuh oleh Jonathan and Martha Kentnah terus ud gedenya di ke Metropolis jadi Clark Kent jurnalis yg kerja di Daily Planet (disini baru dimulai petualangan Superman)
Seperti diceritakan dalam Action Comics 1, Superman lahir di planet Krypton dengan nama Kal-El, dan ketika masih bayi diluncurkan dengan roket ke Bumi oleh ayahnya, Jor-El, sesaat sebelum planet itu hancur. Roket kemudian mendarat di Bumi, di sebuah ladang, yang ditemukan oleh pasangan Kent, Jonathan Kent dan Martha Kent, yang kemudian mengadopsinya dan diberi nama Clark Kent. Sebagai seorang anak yang sedang tumbuh, ia menemukan bahwa ia menguasai kekuatan yang jauh diatas manusia biasa dan menggunakan kekuatannya untuk menolong orang lain. Untuk menyembunyikan rahasia identitasnya saat tidak sedang berhadapan dengan penjahat sebagai seorang Superman, ia hidup sebagai Clark Kent, manusia biasa yang berwatak halus, seorang reporter The Daily Star (kemudian berganti nama menjadi The Daily Planet).

Rabu, 17 Disember 2008

my'style

Salah satu pic.
Pic. nie, aku ambil kat fitting room esprit jusco tebrau..
aku suke ambik pic. kat cermin nie.. kepuasan tu.
hahahaha..

Selasa, 16 Disember 2008

"intan"

1.

7 warna pelangi sekilas diawan biru,
Berbagai warna beransur ku sayu,
Sempurna dipandang seindah dirimu,
Dikejer hilang dipujaku mampu,
Seputih salju seikhlas dirimu,
Cantik nya ia suci buatku,
Sejuk menyentuh itulah hatimu,
Kerna engkau lah yg gah ku seru..


2.

I**** *******, intan permata,
Berkilau sekalung semesta maya,
Terpancar dihati tersinar dijiwa,
Mengalir diri selembut sutera,
Bagai malam mendambar purnama,
Terangi hati penghibur duka,
Bergetar mimpi dalam gelita,
Sematlah bayang berbisik mesra,
Alunan irama pengubat rindu,
Menusuk kalbu mendamba pilu,
Jauh bersayap terbang munuju,
Moga dirimu berpayung selalu…


Ahad, 14 Disember 2008

"Persahabatan"

Walau jauh mata memandang,
Kita tetap lihat pada bulan yg sama,
Walau ingat pada nama sekarang,
Belum tentu kita berteman untuk selama,
Jadi,
Hargailah sesama kita, selagi ada,
Kerna ia pasti menjanjikan bahagia,
Walau sejenak mahu pun seketika,
Bagi ku pasti engkau tetap dijiwa,
Kerana,
Waktu mendatang belum pasti tentangnya,
Belum tentu ada nya,
Selagi daya, kau kupuja, kau ku pelihara,
Agar waktu bersama kan terukir kenangan diminda..

Khamis, 11 Disember 2008

Detik'ku

Hari itu indah untuk dimiliki,
Waktu itu singkat untuk diperolehi,
Setiap saat itu pula, sentiasa bersilih ganti,
jadi hargaila kehidupan yang agung ini dengan kegembiraan diri,
semaikan lah bersama budi, siraman kasih nan suci,
Agar kita dapat menikmati, dengan hati yang tulus rohani,
sebab walauapapun yang terjadi, kita pasti akan kembali,