Sabtu, 20 Disember 2008

"Untuk yg jauh"

Yang tulus ikhlas,
Ingin sekali sekala dirinya dibalas,
Walau hanya dengan dakapan diangin lalu,
Yang selalu memberi,
Ingin sekali sekala jadi penerima,
Cukup dengan salam dan manis doa,

Aku ingin kau merasakan hebatnya setia,
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Aku hanya ingin kau setia,
Kerana setiamu mencipta bahagiaku,

Kini kau bersayap pergilah terbang,
Rentaslah langit cita-cita mu,
Harap nanti kita kan bertemu,
Janganlah engkau tak terbang pulang,
Kunanti dengan penuh kerinduan,
Selamat tingal selamat jalan..

mohon diri tidak disuram,
tingal kan diri hanya seorang,
kerna rindu ku pohonkan salam,
dari jauh buat kau seorang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan